PONTIAN: Bermula dengan sekadar mengisi lapang selepas bersara, pemiliknya tidak menduga Rumah Moyang RR Satay di Kampung Rambah, dekat sini, mendapat sambutan baik daripada pengunjung pada setiap hari.
Menurut pemiliknya, Faizal Rosdi, 56, berkata, pembukaan kedainya juga didorong rakan-rakannya yang menyarankan membuka gerai makan bagi memanfaatkan ruang kosong di hadapan rumah tersebut.
Katanya, ini ditambah dengan kedudukannya terletak di jalan utama Pontian ke Kukup dan Tanjung Piai serta menambah bilangan pengusaha kedai makan di Kampung Rambah pada ketika ini.
Jelas Faizal, selain menu utama satay ayam, daging dan babat, Rumah Moyang RR Satay juga menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi goreng bodo, mi goreng bodo, kepak ayam madu, lempeng kelapa moyang dan sebagainya.
“ Menu terkini ialah ikan bakar melodi seperti ikan pari, ikan cencaru dan ikan siakap yang bersama tom yam dan pelbagai jenis makanan ala thai seperti tom yam dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Kampung Rambah, disini.
Faizal menambah, dia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM11.000 sebagai modal permulaan bagi membina dapur, pondok membakar satay, membeli peralatan memasak dan sebagainya.
“Semua kerja memasak dilakukan isterinya, Salbiah Nasiran, 54 serta dibantu empat pekerja yang lain dalam kalangan ahli keluarga,” ujarnya yang merupakan anak kepada bekas Stringer Utusan Melayu pada tahun 1970-an dan 1980-an, Allahyarham Rosdi Sapawi
Bekas pesara SWM Environment memberitahu, setiap hari dia akan membuat kira-kira 500 cucuk satay bagi ketiga-tiga jenis ayam, daging dan babat sebagai menu utama Rumah Moyang RR Satay.
Katanya, tiada sebarang resipi bagi membuat satay hanya mempelajari melalui pengetahuan dan pengalaman dari pembuat sate yang memberikan tunjuk ajar cara-cara membuatnya termasuk kuah sate.
“ Alhamdulillah pelanggan mengakui keenakan sate yang dijual dengan harga RM1.30 secucuk bagi satay ayam dan daging, manakala RM1.50 bagi sate babat,” jelasnya.
habis
caption
FAIZAL Rosdi ( kiri ) melayan pelanggan yang menjamu selera di Rumah Moyang RR Satay di Kampung Rambah, di Pontian, Johor. KOSMO/UTUSAN/ MUHAMMAD ZIKR
FAIZAL Rosdi ( kiri ) melayan pelanggan yang menjamu selera di Rumah Moyang RR Satay di Kampung Rambah, di Pontian, Johor. KOSMO/UTUSAN/ MUHAMMAD ZIKRI