Ahli keluarga beri penghormatan terakhir kepada Vennpani

Ahli keluarga, kenalan beri penghormatan terakhir kepada Vennpani

MAYAT mendiang V. Vennpani tiba di rumahnya di SP Heights awal pagi tadi sebelum dibawa ke tempat pembakaran di Kampung Serukam, di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lebih 300 orang dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang V. Vennpani, 10, kanak-kanak yang maut dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Terengganu, kelmarin.

Jasad kanak-kanak itu tiba di rumah keluarganya di SP Heights, di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.

Mayat seterusnya dibawa ke tempat pembakaran di Kampung Serukam, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan tragedi yang meragut tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak itu meninggalkan emosi mendalam terhadap nenek Vennpani.

T. Panjawarnam, 68, berkata, kejadian yang mengorbankan cucunya terlalu sukar untuk diterima memandangkan mereka sekeluarga.

Menurut Panjawarnam, cucunya merupakan anak tunggal kepada pasangan M. Vijeya Raj, 40, seorang guru dan K. Nalini, 39, yang bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam tragedi itu, dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah S. Arumugam, 40, dan anaknya, A. Sarrvih, 3.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×