Polis tidak terima notis penganjuran piket solidariti Palestin

Polis tidak terima notis penganjuran piket solidariti Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ yang diadakan di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di sini bermula malam ini hingga Ahad ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat ini tiada sebarang permohonan permit dihantar kepada polis daripada penganjur Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bagi mengadakan piket berkenaan.

“Tiada sebarang permohonan diterima setakat ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini. 

Semalam, SSP dalam kenyataan memaklumkan piket yang membabitkan 48 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan secara aman, sebagai respons rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap krisis genting yang menuntut tindakan segera.

Piket itu bertujuan menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, gencatan senjata dilaksanakan segera, kekal dan tanpa syarat, menghentikan pertempuran untuk menangani keperluan segera orang awam di Gaza dan pengiktirafan hak rakyat Palestin untuk sebuah negara berdaulat.

Menurut SSP, piket itu yang disertai aktivis dari organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik dari pelbagai spektrum akan berkumpul di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat selama enam hari.

“Aksi bertindak ini akan diadakan secara aman. Kami (SSP) akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket.

“Selain itu, acara-acara solidariti setiap malam dan memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin turut diadakan, katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN