PM ingatkan Kabinet baharu tiada 'bulan madu' - Fahmi

PM ingatkan Kabinet baharu tiada ‘bulan madu’ – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua anggota Kabinet termasuk lantikan baharu menteri dan timbalan menteri supaya segera menjalankan tugas memenuhi aspirasi rakyat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hasrat itu disampaikan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama hari ini, susulan rombakan Kabinet semalam.

Beliau berkata, gabungan teknokrat dan bekas ahli Parlimen berpengalaman yang baru dilantik diharap dapat diterima rakyat dan berfungsi dengan baik.

“Hasrat Perdana Menteri ialah Kabinet ini dilihat dengan adanya (ahli) teknokrat, ada beberapa Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat dalam Jemaah Menteri (sebelum ini). Maka, ada tanda positif penerimaan dalam kalangan rakyat, akar umbi, malah dalam kalangan sektor korporat.

“Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa rakyat berhasrat untuk melihat perubahan dan ia bermaksud kalangan menteri yang baharu itu perlu bergerak dengan cepat dan tiada tempoh bulan madu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim disifatkan lebih ‘berperanan’ berbanding barisan Jemaah Menteri era Perikatan Nasional (PN), malah memiliki pengalaman pelbagai yang boleh digunakan untuk memacu negara.

Beliau berkata, pembangkang kini mungkin kecewa kerana hasrat mereka untuk membentuk kerajaan tidak dapat direalisasikan sehingga sekarang.

“Mungkin dia (pembangkang) kecewa sebab bukan dalam jemaah menteri ini dan mungkin dia sendiri berhasrat untuk berada di sini, kerana pembangkang sebelum ini berulang kali kata akan bentuk kerajaan, sebelum raya, selepas raya, akhirnya tak bentuk-bentuk.

“Bagi yang kecewa itu, nasihat saya ialah jangan pendam kecewa itu, tampil ke meja rundingan seperti di tegaskan Perdana Menteri. Kita putuskan beberapa perkara dan kita hidup berharmoni, rukun aman damai.

“Apa yang terbentuk ketika ini ialah persepsi menebal dalam kalangan ahli Parlimen (pembangkang) yang memutuskan untuk sokong Perdana Menteri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya