Persidangan Agung Tahunan Warisan dijangka dihadiri 3,000 orang

Persidangan Agung Tahunan Warisan dijangka dihadiri 3,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persidangan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan) kali keenam akan diadakan pada 13 dan 14 Disember ini di Dewan Hakka, Likas.

Persidangan induk pada 14 Disember dijangka dihadiri kira-kira 3,000 orang perwakilan dan pemerhati.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S. Padua berkata, persidangan akan dimulakan dengan Konvensyen sayap-sayap parti pada 13 Disember dan diikuti dengan persidangan induk pada 14 Disember.

Beliau berkata, persidangan induk akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Katanya, persidangan kali ini hanya memberi fokus kepada ucapan dasar Presiden dan tiada sebarang pindaan terhadap Perlembagaan parti akan dilakukan.

Parti Warisan yang ditubuhkan sejak 2016 itu kini mempunyai dua ahli Parlimen dan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN