Penuntut universiti maut terjatuh dari tingkat 34 ketika ingin ambil baju di balkoni

Penuntut universiti maut terjatuh dari tingkat 34 ketika ingin ambil baju di balkoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penuntut universiti maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, pemuda berusia 18 tahun itu rjatuh ketika ingin mengambil pakaiannya di balkoni.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.17 malam.

Katanya, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

“Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

“Mangsa dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN