Penjenayah dikehendaki mati berbalas tembakan dengan polis - Utusan Malaysia

Penjenayah dikehendaki mati berbalas tembakan dengan polis

SEORANG penjenayah yang dikehendaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis berdekatan kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Lembu, Butterworth, Pulau Pinang, tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang penjenayah yang dikehendaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis berdekatan kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Lembu dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu, suspek lelaki berusia 44 tahun berkenaan disahkan mati selepas kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandunya terbabas berhampiran jirat Cina di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, terdahulu sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah terserempak dengan kereta SUV terbabit ketika melakukan rondaan cegah jenayah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu telah menggunakan nombor pendaftaran palsu dan terlibat dalam dua kes samun di sini, baru-baru ini.

SEORANG penjenayah yang dikehendaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis berdekatan kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Lembu, Butterworth, Pulau Pinang, tengah malam tadi.

Ujar beliau, anggota polis telah memperkenalkan diri dan meminta suspek memberhentikan kenderaannya untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Suspek memecut laju kenderaannya kira-kira sejauh 200 meter sebelum terbabas di Jalan Sungai Lembu berhampiran jirat Cina.

“Suspek kemudian keluar dari SUV sebelum bertindak mengacukan pistol ke arah pasukan D9 dan bagi mempertahankan diri polis telah melepaskan beberapa tembakan ke arah suspek sebelum menemuinya mati berhampiran kenderaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian itu, polis turut merampas pistol jenis semi auto yang digunakan suspek.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau berkaitan dadah, kes samun, Akta Senjata dan Bahan Kakisan.

“Suspek juga giat melakukan jenayah samun bersenjata itu secara solo di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.

“Suspek juga dikehendaki dalam dua kes samun membabitkan premis nombor ekor dan kedai runcit di Butterworth,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya