Penduduk Gaza berdepan ancaman kebulura

Penduduk Gaza berdepan ancaman kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Separuh daripada populasi Gaza kini terpaksa berhadapan dengan masalah kebuluran disebabkan serangan daripada rejim zionis yang tidak henti-henti yang sudah masuk hari ke-70.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang warga Pales­tin yang juga penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Fouad Ibrahim Alsamna berkata, ahli keluarganya di Gaza, terpaksa bertahan dengan hanya makan sekali sehari untuk menjimatkan bekalan makanan.

“Mereka hanya bergantung dengan bantuan makanan yang diberikan, itu pun perlu berjimat dengan hanya sekali sehari sahaja makan,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, separuh daripada penduduk Gaza kini berdepan kebuluran akibat pertempuran berterusan di wilayah itu.

Timbalan Pengarah Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Carl Skau berkata, hanya sebahagian kecil daripada bekalan yang diperlukan dapat memasuki wilayah itu

“Sembilan daripada 10 keluarga di beberapa kawasan menghabiskan sehari semalam tanpa sebarang makanan.

“Keadaan di Gaza turut membuatkan penghantaran bantuan hampir mustahil,” jelasnya.

Menurut Fouad, ahli keluarganya juga sukar untuk mendapatkan makanan disebabkan bantuan kemanusiaan yang sukar untuk diperoleh.

“Bukan itu sahaja, masalahnya adalah semua pasar barangan runcit kosong sekarang dan habis dimusnahkan tentera Israel,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu perkembangan terkini yang dikeluarkan aktivis, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin telah terputus komunikasi dengan semua 101 bilik operasi hospital di semenanjung Gaza.

“Perkara ini menyebabkan operasi kesihatan dan aktiviti menyelamat terganggu,” menurutnya.

Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan, perkhidmatan telekomunikasi di Gaza terputus sekali lagi ekoran serangan Israel.

Pejabat media kerajaan Gaza berkata, pemadaman komunikasi menghalang usaha menyelamat.

Israel menamatkan serbuan selama 60 jam di Jenin, membunuh 11 rakyat Palestin; tentera melakukan lebih banyak serbuan semalaman merentasi Tebing Barat yang diduduki.

Sekurang-kurangnya 18,787 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober. Angka kematian disemak semula di Israel berjumlah 1,147 orang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN