Pemilihan Amanah: Tanding secara sihat, telus - Utusan Malaysia

Pemilihan Amanah: Tanding secara sihat, telus

DZULKEFLY Ahmad ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Amanah Pulau Pinang, di Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pihak-pihak yang bakal menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Parti Amanah Negara (Amanah) dinasihatkan untuk bertanding secara sihat dan telus.

Pengarah Strategi Amanah, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, selain itu mereka yang akan bertanding juga perlu meletakkan kemaslahatan parti sebagai kepentingan utama supaya organisasi parti terus kukuh selepas pemilihan berlangsung.

DZULKEFLY AHMAD

”Pemilihan parti adalah mustahak kerana ia adalah satu amalan demokrasi di dalam parti. Saya ingatkan semua bertanding secara sihat, kalau boleh mahu adakan manifesto pun tidak apa, tawarkan diri dengan cara baik dan telus.

”Kita perlu terus kuatkan parti, siapa pun yang menang kita akan terus perkuat parti dan organisasi,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang, di sini hari ini.

Minggu terakhir dalam Disember ini akan menjadi hari penentuan barisan kepemimpinan Amanah yang lama sama ada kekal atau diganti baharu untuk memimpin parti bagi sesi 2023-2026.

Konvensyen Nasional Amanah 2023 pada 22 hingga 24 Disember ini juga menyaksikan akan berlangsung pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti tersebut.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly berkata, pemilihan parti itu harus dilihat sebagai satu persaingan yang sihat antara rakan-rakan di dalam parti Amanah.

“Saya menasihatkan semua yang tawarkan diri bertandinglah atas kapaisiti masing masing dan pengundi atau perwakilan akan nilai kita dan di situ kita dapat elak daripada wujudkan beberapa blok atau pecahan dalam parti,” katanya.

Selain itu, tambahnya, proses untuk meremajakan parti di dalam organisasi parti perlu mempunyai gandingan baharu dan lama untuk menguatkan parti tersebut.

“Untuk remajakan parti ini baik tetapi perlukan gandingan senior, junior, orang lama dan orang baharu, gandingan muda dan tua baharulah ada kombinasi hubungan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Presiden yang kini digalas Datuk Seri Mohamad Sabu, Dzulkefly berkata, beliau belum mendapat kepastian mengenainya walaupun ada mendengar berkaitan perkara itu.

”Saya ada dengar tetapi saya belum dpat kepastian, pastinya (ada pertandingan), ia sesuatu yang sihat. Siapa nak tanding kena secara sihat,” katanya.

Sementara itu, kepada soalan sama ada beliau akan menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini, Dzulkefly berkata, beliau masih belum membuat keputusan mengenainya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.