Pelancaran TMM 2024 pada malam tahun baharu

Pelancaran TMM 2024 pada malam tahun baharu

AB. RAUF Yusoh mengecat mural pada Program Mural Evolusi PDRM dan lawatan tapak Santai@Banda Hilir di Jalan Mahkamah, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 15,000 pengunjung akan hadir memeriahkan pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024, pada 31 Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir bagi merasmikan majlis gilang-gemilang yang akan diadakan di Pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Dataran Pengkalan Rama di sini.

Menurutnya, majlis itu juga diserikan dengan kehadiran beberapa artis tersohor negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Ziana Zain.

“Persediaan untuk menyambut TMM 2024 dan tahun baharu setakat ini berjalan lancar dengan segala persiapan rapi dilihat berjalan lancar. Saya puas hati dengan 50 peratus persiapan telah dibuat.

“Pelancaran ini unik kerana akan diadakan di dalam Sungai Melaka di hadapan Pejabat PPSM. Kita ada pelbagai program dirancangkan dan akan bermula selepas solat Isyak.

“Kita akan mempamerkan seni dan budaya Melaka di samping mendapat kerjasama daripada Kerajaan China yang mengizinkan sebuah wilayahnya iaitu Guangxi buat persembahan pada malam tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mural Evolusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lawatan tapak Santai@Banda Hilir di Jalan Mahkamah di sini, malam tadi.

Tambah Ab. Rauf, dua kumpulan seni budaya dari Guangxi yang akan
membuat persembahan adalah sebagai tanda terima kasih atas hubungan diplomatik Malaysia-China.

Ujarnya, majlis pelancaran juga akan disiarkan secara langsung ke bandar
Nanjing jika mendapat keizinan Kerajaan China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN