Pelakon era 70-an, Ryan O’Neal meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon era 70-an, Ryan O’Neal meninggal dunia

RYAN O'Neal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang era 70-an, Ryan O’Neal meninggal dunia pada usia 82 tahun. Berita duka itu dikongsikan anaknya, Patrick O’Neal, baru-baru ini.

“Ayah saya pergi dengan tenang hari ini (Jumaat waktu tempatan) di samping keluarga dan orang-orang disayanginya.

“Dia hero saya, seorang legenda Hollywood,” kongsinya.

Punca kematian tidak dikongsikan kepada umum. Bagaimanapun mendiang sebelum ini menderita kanser prostat dan penyakit leukemia pada tahun 2012.

O’Neal nama besar sekitar era 70-an pernah menjayakan naskhah-naskhah hebat seperti Paper Love Story, Moon dan What’s Up, Doc?

Pelakon ini juga pernah membuat kemunculan istimewa dalam drama bersiri Bones dan Desparate Housewife.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN