Pelajar OKU ditahan cabul 14 rakan OKU lain di asrama sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar OKU ditahan cabul 14 rakan OKU lain di asrama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Polis menahan seorang pelajar Tingkatan 1 kerana didakwa mencabul 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, tangkapan ke atas remaja lelaki yang juga OKU berusia 13 tahun itu dibuat selepas polis menerima aduan daripada pengetua sekolah terbabit.

MOHD. ASRI SHAFIE

“Kesemua mangsa yang terlibat berusia antara 13 sehingga 14 tahun.

“Mangsa terdiri daripada pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

“Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya