IPOH: Pekan Papan yang terletak berhampiran Batu Gajah, pernah membangun dengan pesat ketika zaman kegemilangan perlombongan bijih timah. Pekan yang terletak berhampiran dengan Ipoh itu turut menjadi tumpuan ketika era 1980-an berikutan pencemaran sisa radioaktif membabitkan syarikat Asia Rare Earth Sdn. Bhd. (ARE). Syarikat berkenaan ketika itu mengekstrak nadir bumi iaitu yttrium, unsur kimia daripada bahan mineral monazite yang mengandungi bahan radioaktif. Papan dikatakan antara kawasan yang terdedah dengan kesan…