Pahang sasar satu juta terima hak milik tanah

Pahang sasar satu juta terima hak milik tanah

WAN ROSDY Wan Ismail ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya satu juta penerima hak milik tanah dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini, sebanyak 742,387 hak milik tanah negeri sudah diberikan kepada pemohon.

Beliau menjelaskan, antara inisiatif kerajaan negeri ialah dengan melaksanakan Skim Tanah Rakyat (STR) menerusi pemberian suratan hak milik kepada peneroka Felda bagi memastikan rakyat di Pahang memiliki tanah.

“Sejak saya dilantik sebagai Menteri Besar pada Mei 2018 sehinggalah ke hari ini, sebanyak 69,451 pemberi milikan tanah sudah pun dilaksanakan kerajaan negeri. iaitu di Pekan 3,311, Kuantan (14,006) Raub (2,323), Bentong (2,743), Cameron Highlands (168) dan  Jerantut (5,225).

“Bagi daerah Maran sebanyak 4,018 hak milik tanah, Rompin (4,985), Bera (1,352) manakala Temerloh (8,511) dan 4,994 di Lipis,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Wan Rosdy dalam masa sama memaklumkan, sebanyak RM258.753 juta berjaya dikutip kerajaan negeri melalui  inisiatif penganjuran Karnival Tanah Pahang di 11 daerah, bermula bulan Julai sehingga Oktober lalu. 

“Karnival itu mampu mendidik pemilik tanah untuk lebih bertanggungjawab menunaikan kewajipan masing-masing dengan membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun dan akan diteruskan lagi pada tahun hadapan,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri turut menyasarkan bagi menyiapkan rumah mampu milik berjumlah 4,342 unit melibatkan semua program perumahan bagi tahun hadapan seperti projek Rumah Mesra Pahang, Rumah Penjawat Awam Pahang dan Rumah Pahangku. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya