Nik Nazmi tuntut Chegubard tarik balik dakwaan rasuah tebatan banjir

Nik Nazmi tuntut Chegubard tarik balik dakwaan rasuah tebatan banjir

Chegu Bard
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan rasuah dalam rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.

Beliau meminta kenyataan itu ditarik semula serta-merta dan memohon maaf secara terbuka kerana menyifatkannya berunsur fitnah.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Katanya, tuntutan itu dibuat menerusi peguam beliau yang telah menyerahkan surat tuntutan kepada Chegubard.

“Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, kementerian dan kerajaan persekutuan.

“Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dengan berlangsungnya prosiding undang-undang, beliau mengesahkan dedikasi terhadap ketelusan dan pematuhan kepada proses undang-undang.

“Pada masa yang sama, kami mengalu-alukan sebarang siasatan oleh polis untuk bertindak ke atas dakwaan yang dibuat oleh Chegubard,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN