Nelayan hilang di perairan Pulau Gaya masih dicari

Nelayan hilang di perairan Pulau Gaya masih dicari

BOT dinaiki mangsa yang dilaporkan hilang dikhuatiri jatuh di laut di perairan Pulau Gaya, Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat nelayan hilang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Gaya diteruskan hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, operasi Carilamat yang memasuki hari kedua itu dibahagikan kepada tujuh sektor membabitkan kawasan seluas 44 batu nautika persegi.

Beliau berkata, pangkalan hadapan Carilamat dibuka di Jeti Maritim Sepanggar yang diketuai oleh Leftenan Maritim, Roslan Lebak bersama tiga orang anggota.

Semalam, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRSC) mengaktifkan operasi Carilamat bermula pada pukul 2 petang selepas menerima panggilan daripada isteri mangsa yang melaporkan tentang kehilangan suaminya di perairan Pulau Gaya.

Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, suaminya Omar Ajid, 40, keluar menangkap ikan pada pukul 5 pagi semalam. Kemudian, bot mangsa ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan enjin masih hidup pada pukul 10 pagi.

Mangsa yang merupakan lelaki warga Filipina itu dilaporkan memakai baju lengan panjang berwarna merah dan berseluar kamoflage warna hijau.

Agensi-agensi penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut terlibat dalam operasi Carilamat berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya