Naskhah tawar dan mendatar - Utusan Malaysia

Naskhah tawar dan mendatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGAN pelbagai isu berat berlegar legar di media sosial selepas Persidangan Perubahan Iklim PBB minggu ini, apa kata kita redakan keadaan dengan lari sebentar memilih naskhah sedikit ringan seputar cinta pandang pertama para remaja. 

Kebetulan, Netflix baru sahaja memperkenalkan sebuah drama bersiri terbaru bertajuk My Life With the Walter Boys (MLWTWB) yang merupakan karya adaptasi daripada buku dengan tajuk yang sama karya Ali Novak. 

Beberapa drama remaja atau teen’s love di Net ix sebelum ini mencatatkan prestasi yang baik seperti rangkaian To All The Boys juga The Kissing Booth. Jadi, apa salahnya jika kita mengulas genre ini sekali gus menjadikannya ulasan drama bersiri pertama untuk ruangan ini. 

Bagi memberi sedikit pencerahan kepada yang belum menonton, cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis, Jackie yang baru sahaja kematian orang tuanya. 

Dia kemudian diwasiatkan untuk duduk bersama keluarga mak ciknya yang digelar ‘Walter’ di sebuah desa. 

Menariknya, mak ciknya mempunyai ramai anak lelaki yang kacak tinggal di rumah yang sama. 

Maka bermulalah cinta tiga segi antara Jackie dan adikberadik keluarga Walter iaitu Cole dan Alex. Saya tidak boleh mengulas naskhah ini dari sudut pandang karya adaptasi kerana saya belum pernah membaca novelnya. 

Namun, ketika saya selesai menonton episod pertama, saya seolah-olah seperti dejavu, rupanya alur cerita MLWTWB lebih kurang sama dengan naskhah arahan Zoe Cassavetes di platform yang lain bertajuk The Summer I Turned Pretty. 

Sukar untuk saya tidak membandingkan kedua-dua naskhah yang membawa nuansa dan plot yang agak mirip ini. Namun begitu, saya harus jujur mengatakan pengalaman sepanjang menonton MLWTWB sangat mendatar. 

Mungkin kerana tidak ada kon ik lain yang wujud selain cinta. Awalnya, saya agak terpancing untuk mengetahui siapakah Grace yang pernah membuat kedua adik-beradik ini berseteru, namun sayangnya kon ik itu diselesaikan dengan mudah dan membosankan. 

Selain itu, kritikan saya yang paling besar adalah lakonan yang dibawakan Nikki Rodriguez yang kaku dan langsung tidak memberi tenaga yang sama dengan pelakon gandingan lain. 

Nikki nampaknya gagal membawakan karakter Jackie selaku watak utama sekali gus mencacatkan prestasi persembahan keseluruhan siri. Sepanjang 10 episod tayangan, beberapa karakter juga gagal ditampilkan dengan jelas.

Ada watak yang terasa ditampal-tampal sekadar mahu menunjukkan ada ‘wakil’ remaja dari kumpulan pelaku seksual sama jantina di dalam naskhah walaupun kehadiran karakternya sangat lemah. 

Walaupun MLWTWB menampilkan visual yang indah dan tone warna yang menangkap, namun sayangnya, ia masih tenggelam dan sekadar bayangbayang jika dibandingkan dengan naskhah yang wujud sebelumnya untuk genre yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya