My TouristPay permudah pelancong antarabangsa berbelanja

My TouristPay permudah pelancong antarabangsa berbelanja di Langkawi

FARHAN Ahmad melancarkan aplikasi My TouristPay yang diperkenalkan di Langkawi ketika majlis pelancaran di Pelangi Beach Resorts, Jalan Pantai Chenang, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelancong antarabangsa yang berkunjung ke pulau peranginan ini akan menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui imbasan kod QR DuitNow seperti penduduk tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet), Farhan Ahmad berkata, aplikasi My TouristPay diwujudkan kerana penggunaan kod QR sedia ada hanya boleh digunakan pemilik akaun bank tempatan.

“Usaha ini akan memudahkan pelancong asing untuk membeli daripada peniaga tempatan terutamanya peniaga kecil tanpa perlu membawa wang tunai.

“Inisiatif ini juga membantu peniaga kecil di Langkawi menjana pendapatan yang lebih baik daripada pelancong asing,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran aplikasi tersebut di Pelangi Beach Resorts, Jalan Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Tambahnya, aplikasi yang dioperasikan oleh PayNet itu akan memastikan transaksi yang selamat bagi pelancong dan membolehkan peniaga mendapat pembayaran segera daripada pelanggan.

Ujarnya, My TouristPay akan mengubah pengalaman pelancong asing di Malaysia, terutamanya di kawasan luar bandar yang banyak menggunakan transaksi wang tunai dan pembayaran secara kod QR.

“Program ini merupakan fasa kedua dalam Program PayNet Cambah yang turut melibatkan aspek alam sekitar, sosial dan urus tadbir (ESG).

“Dalam fasa pertama sebelum ini melibatkan kerjasama dengan Suri Lifestyle yang difokuskan untuk membantu ibu-ibu daripada komuniti B40 dan meningkatkan kemampuan e-dagang mereka,” katanya.

Jelasnya, fasa dua PayNet Cambah kini menyasarkan untuk menaikkan perniagaan dan hasil seni di Langkawi setaraf antarabangsa dengan digitalisasi perniagaan.

Farhan berkata, usaha tersebut juga dilakukan dengan meningkatkan kebolehan pembayaran digital dan e-dagang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya