PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di lima negeri menurun kepada 25,438 orang setakat pukul 2 petang berbanding sejumlah 27,812 orang yang direkodkan tengah hari ini.
Selain itu, kemas kini portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif menurun kepada 114 PPS.
Kelantan masih merekodkan mangsa banjir tertinggi antara lima negeri dengan 20,499 orang diikuti 4,664 mangsa di Terengganu.
Selain itu, sejumlah 149 orang dilaporkan terjejas banjir di Pahang diikuti 124 orang di Johor dan dua orang di Sabah. – UTUSAN