Mangsa banjir Kelantan makin bertambah

Mangsa banjir Kelantan makin bertambah

PENDUDUK di Kampung Jejulok, Tumpat, Kelantan mula meredah sejak semalam.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin bertambah kepada 17,378 orang berbanding 17,307 pagi semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang, Tumpat menjadi jajahan terbaru di negeri ini yang ditenggelami banjir.

Katanya, kesemua mangsa dari 5,541 keluarga itu sedang berlindung di 63 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Selain Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang antara jajahan yang masih terjejas dengan banjir.

“Pasir Mas merekodkan mangsa paling tinggi iaitu seramai 13,844 orang diikuti, Kuala Krai (1,896), Tanah Merah (902), Tumpat (239) dan Gua Musang (105),” katanya.

Sementara itu, dua batang sungai di negeri ini iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) masih melepasi bacaan paras bahaya walaupun trend menurun.

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi tahap amaran.

Lain-lain sungai kembali di paras normal.

Bagaimanapun, taburan hujan di Kelantan masih lagi tinggi ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN