Mangsa banjir di Terengganu berkurangan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu berkurangan

PENDUDUK terpaksa membuang perkakasan rumah yang rosak akibat ditenggelami air dalam kejadian banjir di Ketengah Jaya, Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan penurunan lebih sekali ganda kepada 735 orang daripada 199 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 1,507 orang (385 keluarga) pada 4 petang semalam.

Ia susulan penutupan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu yang telah pulih dari banjir sepenuhnya petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan hanya tiga daerah masih terjejas banjir pagi ini iaitu Marang, Dungun dan Kuala Nerus.

“Mangsa tertinggi masih di daerah Dungun iaitu 715 orang (195 keluarga) di 11 PPS berbanding 1,142 orang (306 keluarga di 14 PPS sebelum ini,” katanya di sini, pagi ini.

Situasi juga bertambah baik di Marang iaitu hanya 14 orang mangsa (tiga keluarga) masih berlingung di satu PPS pagi ini berbanding 20 orang (lima keluarga) petang semalam.

Di Kuala Nerus, jumlahnya kekal tidak berubah iaitu enam sekeluarga di satu PPS.

Cuaca pagi ini di kebanyakan daerah diramal baik sepanjang hari dengan hujan hanya berlaku di sesetengah tempat.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan hanya dua sungai di Terengganu yang telah melepasi paras bahaya setakat pagi ini.

Sungai Terengganu di Jambatan Kuala Terengganu merekodkan bacaan 1.82 meter berbanding paras bahaya 1.80 meter manakala
Sungai Dungun di Pasir Raja pula merekodkan bacaan setinggi 39.15 meter (paras bahaya 38.70 meter).

Selain itu, tiga sungai masih melepasi paras amaran iaitu di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya