Mamut mahu kekal di Terengganu

Mamut mahu kekal di Terengganu

Ivan Mamut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penye­rang berbisa Terengganu FC, Ivan Mamut bersedia untuk kekal bersama skuad Sang Penyu pada musim depan sekiranya khidmatnya masih diperlukan untuk memantapkan pasukan itu.

Sepanjang musim ini, penyerang dari Croatia itu telah meledak 22 gol bersama Terengganu dalam semua kejohanan terma­suk aksi final Piala Malaysia 2023 pada Jumaat lalu, ketika tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada permulaan musim Mamut dilihat kurang efektif bersama Terengganu, namun sentuhannya semakin menjadi dan mendapatkan kepercayaan Tomislav Steinbruckner pada pertengahan musim sehingga disanjung peminat.

Bagaimanapun, kini timbul persoalan sama ada ‘jodoh’ Mamut masih ada berpanjangan kerana kontraknya akan berakhir pada hujung bulan ini dan sekiranya mahu melihat dia masih di kelab Pantai Timur itu, pihak pengurusan perlu berbuat sesuatu.

“Saya tak tahu (status selepas berakhir Liga Malaysia). Untuk makluman, saya ada kontrak sehingga akhir Disember dan selepas itu, saya akan berbincang dengan kelab untuk sebarang keputusan yang bakal diambil.

“Saya harap kita dapat capai persetujuan kerana saya merasa seronok berada di Terengganu. (Pencapaian) tahun ini sangat bagus dan saya harap dapat kekal (bersama Terengganu),” kata Mamut.

Fokus Mamut sete­rusnya ialah membantu skuad Penyu layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya