Mahu teruskan agenda sedia ada - Zambry

Teruskan misi besar pendidikan tinggi negara – Zambry Abd. Kadir

ZAMBRY Abd. Kadir menghadiri sesi ‘clock in’ bersama timbalan menteri di pekarangan lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pUTRAJAYA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mahu meneruskan agenda-agenda sedia ada yang telah digerakkan oleh kementerian termasuk perkara berkaitan dasar pendidikan tinggi negara.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan akan memberi fokus terhadap tiga kelompok teras utama iaitu golongan mahasiswa, tenaga pengajar dan pentadbir.

“Dengan tanggungjawab yang diberikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), di bawah kerajaan Madani, saya akan melakukan yang terbaik bersama pasukan dalam melaksanakan misi besar pendidikan tinggi negara yang sudah disusun, sebagai penerus kepada dasar yang sudah digagaskan.

“Saya akan laksanakan bersama timbalan menteri (Datuk Mustapha Sakmud) dan pasukan di kementerian ini untuk membawa Malaysia berada di persada antarabangsa dengan dasar pendidikan yang baik, memenuhi tuntutan semasa dan pada masa sama menyeimbangkan pembangunan material, moral dan kerohanian,” katanya selepas menghadiri sesi ‘clock in’ bersama timbalan menteri di pekarangan lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyandang sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga sudah meletakkan satu landasan yang baik sepanjang setahun mengemudi kementerian berkenaan.

“Paling mustahak adalah untuk benar-benar memahami dan juga bagaimana melaksanakan dasar-dasar yang ada ini, kita pun berada dalam konteks kerajaan yang sama, Datuk Seri Khaled sudah meletakkan landasan yang baik sepanjang setahun beliau menjawat jawatan menteri.

“Tentunya saya yang berada di sini akan meneruskan agenda-agenda yang digagaskan bersama.

“Selama ini pun dalam jawatan saya sebagai Menteri Luar, kita bekerja sebagai berpasukan, bukan hanya dalam konteks kementerian, tetapi juga antara kementerian.

“Ini sangat mustahak apatah lagi dalam konteks pendidikan kerana pendidikan tinggi ini sangat luas konsepnya, di universiti-universiti awam dan swasta yang ada, politeknik, TVET dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya