Maaf, tiada komen - Fasha Sandha pilih kunci mulut isu babak romantis - Utusan Malaysia

Maaf, tiada komen – Fasha Sandha pilih kunci mulut isu babak romantis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengambil pendekatan mendiamkan diri, pelakon popular, Fasha Sandha lebih senang untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kontroversi babak romantis yang tular baru-baru ini.

Biarpun menerima kecaman bertubi-tubi sehingga melibatkan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz itu, aktres prolifik itu tetap mengunci mulut dan tidak mahu memberikan sebarang komen.

“Saya tiada komen tentang perkara itu. Maaf,” katanya menerusi Whatsapp kepada Utusan Malaysia.

Pelakon Rampas Cintaku itu sebelum ini menerima kecaman selepas memuat naik video di sebalik tabir drama Malang Si Puteri yang menampilkan pelakon itu dengan aktor, Wan Raja.

Video yang menunjukkan aksi romantis mereka dibanjiri kecaman, rata-rata warganet turut menimbulkan persoalan tentang pandangan suami Fasha yang juga pelakon, Aidil Aziz tentang video tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya