Lelaki maut tersepit kabin lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut tersepit kabin lori

SEORANG lelaki maut selepas tersepit di bawah ‘kabin’ ketika sedang menyelenggara sebuah lori dalam kejadian di bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang, hari ini. - Pix IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah ‘kabin’ ketika sedang menyelenggara sebuah lori dalam kejadian di bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat, dekat sini petang tadi.

Mangsa, Ong Meng Huat, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Safi@Roslan Abdullah bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 2.12 petang.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati mangsa yang bertugas sebagai pekerja penyelenggaraan tersepit di bahagian bawah kabin lori.

“Operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tambah beliau, hasil pemeriksaan pegawai perubatan di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pukul 4.04 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya