Lebih 16,000 rakyat hadir ke sambutan Setahun Bersama Kerajaan

Lebih 16,000 rakyat hadir ke sambutan Setahun Bersama Kerajaan Madani

PARA pengunjung menunjukkan topi keledar baharu yang ditukar secara percuma sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 16,000 rakyat berkunjung ke Bukit Jalil di sini bagi menyambut sambutan program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang bermula semalam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau menjangka sasaran kerajaan iaitu sebanyak 200,000 rakyat berkunjung ke program tersebut dapat dicapai hari ini.

Kata beliau, sambutan itu amat menggalakkan kerana program tersebut menerima kunjungan tidak putus daripada masyarakat.

“Saya dapat melihat beberapa reruai dan dapat melihat sendiri keadaan di pusat media. Setakat ini saya difahamkan dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari tadi ada seramai 16,000 orang yang hadir dan ini baru permulaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati masyarakat memanfaatkan penganjuran program selama tiga hari tersebut melalui beberapa inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan seperti pemberian topi keledar baharu dan diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah, program tersebut juga menjadi platform buat rakyat mengetahui lebih lanjut secara lebih mendalam dan jelas mengenai segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan selama setahun di setiap kementerian.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sambutan meriah diterima kerajaan melalui penganjuran program tersebut kerana rakyat ingin mengenali lebih dekat tentang inisiatif-inisiatif dan usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

“Saya lihat ada barisan yang agak panjang untuk bayaran saman, jadi ini merupakan peluang baik untuk mereka mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus.

“Saya juga sarankan terutama rakan-rakan media jika belum lagi untuk cuba sendiri bagaimana mendaftar dan selamatnya sistem MyDigital ID,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.