KPT galakkan penerapan WBL dalam program TVET IPT - Utusan Malaysia

KPT galakkan penerapan WBL dalam program TVET IPT

MOHAMED Khaled Nordin (kiri) bertanyakan sesuatu kepada peserta pameran selepas merasmikan Pusat TVET Unimap di Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan institusi pengajian tinggi (IPT) terus memperkasakan pembelajaran dalam alam pekerjaan atau work based learning (WBL) di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kaedah itu telah menjadi satu langkah terbaik menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengalaman.

Katanya, melalui program WBL, pelajar bukan sahaja dapat meraih pengetahuan, malah mereka juga akan mendapat lebih pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Kejayaan pendekatan WBL ini bergantung kepada kerjasama rapat industri dan institusi seperti mana Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menjalankan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak industri,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Unimap di sini hari ini.

Tambah Mohamed Khaled, pendekatan diambil Unimap dalam melaksanakan WBL terhadap program ditawarkannya dan memberi nilai tambah kepada pelajar TVET sehingga mencecah 97 peratus kadar kebolehpasaran graduannya baru-baru ini.

“Kita juga melihat Unimap menjadi pelatih yang menawarkan sijil-sijil profesional sekali gus membantu pelajar mendapatkan pendapatan yang lebih baik dan saya harap ia dapat diteruskan.

“Selain itu, KPT juga sedang melihat ekosistem TVET secara keseluruhannya meliputi politeknik, rangkaian universiti-universiti teknikal, universiti awam yang menawarkan program kejuruteraan dan teknologi,” jelasnya.

Katanya lagi, beberapa faktor lain turut diambil kira dalam usaha menambah baik dan memantapkan ekosistem pendidikan tinggi TVET negara ini termasuk penawaran program pengajian dan sebagainya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) kini diletakkan dibawah pentadbiran KPT dan bertanggungjawab untuk melihat keseluruhan ekosistem TVET termasuk penawaran, WBL dan gaji premium.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.