Kes gaduh di luar stadium: sembilan didakwa hari ini 

Kes gaduh di luar stadium: sembilan didakwa hari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan individu yang terbabit pergaduhan di luar stadium MBPJ  di sini membabitkan penyokong tuan rumah, Selangor FC bersama penyokong Perak FC akan didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sembilan orang terbabit akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini selepas mendapat arahan pertuduhan dari Timbalan Pendakwa Raya.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan berlaku isu pergaduhan di luar stadium melibatkan penyokong tuan rumah, Selangor FC bersama penyokong Perak FC sehingga ada penyokong yang mengalami kecederaan di muka.

Melalui video dan gambar tersebar dalam media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong Perak FC turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua.

Susulan itu, polis menahan seramai 23 individu berusia antara 16 hingga 36 tahun dipercayai mencederakan beberapa penyokong Sabtu lalu.

Semakan mendapati empat daripadanya memiliki pelbagai rekod jenayah lampau selain beberapa individu didapati positif dadah menerusi saringan air kencing yang dijalankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN