PETALING JAYA: Pas menyifatkan Kerajaan Persekutuan hari ini meneruskan gaya politik rimba selepas mendakwa pemimpin pembangkang perlu menyokong kerajaan sekiranya mahu mendapat peruntukan. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan di mana reformasinya apabila berunding, namun tetap sama. “Siapa nak peruntukan? Sokong Kerajaan! Sokong Kerajaan, kita bagi peruntukan. Inilah gaya politik rimba yang diteruskan oleh kerajaan hari ini. Dimana reformasinya? Telah berunding, namun tetap sama. “Sewaktu saya menjadi…









