SEBANYAK 313 beg darah berjaya dikumpul sempena Kempen Derma Darah 2023 yang diadakan di pekarangan lobi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Pegawai Perhubungan Awam Unit Tabung Darah HSAH, Futera Naim Abdullah berkata, ia diadakan dengan kerjasama Pasaraya Gmart Sungai Petani untuk tingkatkan stok bekalan darah menjelang cuti persekolahan.
“Program diadakan mendapat sambutan sambutan baik sekali dari komuniti tempatan dan sekali gus memecah rekod kempen sebelum ini pada 20 Ogos lalu, hanya 301 beg darah telah dikumpul,” katanya.
Turut hadir Pengarah HSAH Sungai Petani, Dr. Mithali Abdullah @ Jacquiline Sapen, Ketua Unit Perubatan Transfusi, Dr. Sakinah Ahmad, Timbalan Pengarah Perubatan IV, Dr. Syafizaz Kassim, Tiimbalan Pengarah Perubatan 111,
Dr. Hayaniza Awang Musa, Tiimbalan Pengarah Perubatan 11, Dr. Azurin Chan Mansor dan wakil Pasaraya Gmart Sungai Petani, Coral Koay Meow Im. -UTUSAN