Keluarga tuntut wang RM13,200 dari pihak katering

Keluarga tuntut wang RM13,200 dari pihak katering

KELUARGA pengantin perempuan yang menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat katering di Shah Alam, Selangor tetap berharap wang bayaran berjumlah RM13,200 dipulangkan semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Keluarga pengantin perempuan yang menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat katering di Shah Alam, Selangor tetap berharap wang bayaran berjumlah RM13,200 dipulangkan semula. 

Wakil keluarga yang juga merupakan abang pengantin, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, berkata, pihak katering itu masih boleh dihubungi, namun kecewa apabila mereka tidak memberikan sebarang maklum balas. 

Menurutnya, mereka mahu wang berkenaan dipulangkan lebih-lebih lagi ia bukanlah jumlah yang kecil dan tidak mudah untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bagi menjayakan majlis tersebut. 

“Selain adik kami, saya difahamkan ada pasangan pengantin lain yang dipercayai turut menjadi mangsa penipuan katering yang beralamat di Shah Alam, Selangor,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. 

Burhanuddin berkata, mereka baru pertama kali membuat tempahan syarikat katering berikutan sebelum ini majlis perkahwinan enam daripada sembilan beradiknya dilakukan secara gotong-royong. 

“Selepas ini sudah tentu kami akan lebih berhati-hati dalam memilih syarikat katering untuk majlis perkahwinan dua lagi adik kami kelak,” katanya.

Difahamkan, keluarga ini akan meraikan majlis resepsi sebelah lelaki pada Sabtu ini di Perak. 

Sebelum ini, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook memaklumkan, polis akan mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu sebuah keluarga pengantin di sini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN