HULU TERENGGANU: Penduduk di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong dekat sini mendakwa, siren amaran banjir yang dipasang di situ tidak berfungsi sehingga menyebabkan mereka berpindah dalam keadaan kelam-kabut, kelmarin. Dalam kejadian itu, kawasan berkenaan mula dinaiki air lebih dua meter kira-kira pukul 5 pagi setelah air Sungai Berang melimpah susulan hujan lebat berterusan. Seorang penduduk, Nor Laila Kasuma Nasir, 39, berkata, dia hanya menyedari kejadian setelah dikejutkan seorang jiran yang datang mengetuk pintu rumahnya kerana siren amaran banjir tidak berbunyi seperti kebiasaan. Katanya, dia terperanjat melihat pekarangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya