'Kejadian berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah'

‘Kejadian berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah’

R AZMI@ ADON Abdul Rahman menunjukkan rumahnya yang terbakar di Kampung Parit Wak Jabir, Benut, Pontian, Johor, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pesara, R Azmi @ Adon Abdul Rahman, 63, terkejut apabila rumahnya di Kampung Parit Wak Jabir, Benut dekat sini, musnah dalam kebakaran ketika menghadiri sambutan Maulidur Rasul di surau berhampiran kampungnya.

R Azmi, pesara Kereta Api Tanah Melayu (KTM) berkata, ketika kejadian rumah tersebut kosong kerana isterinya, Afeshah Damak, 64, mendapatkan rawatan hemodialisis di Bandar di Benut.

Katanya, manakala seorang anak perempuan yang tinggal bersamanya yang juga guru di sebuah Sekolah Menengah (SM) di daerah ini keluar kerana ada urusan.

“Ketika mendengar ceramah Maulidur Rasul di Surau Parit Jamal, seorang jiran menelefon memberitahu rumah saya terbakar pada kira-kira jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui dirumahnya di sini, tengah hari tadi.

Sementara itu, 16 anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pontian (BBP), Balai Bomba Rengit (BBR), Fire Post Benut dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Benut dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai komander operasi PBK 11, Julia Sani.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, PPgB, Mahadir Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.48 pagi seterusnya menghantar dua buah jentera Fire Resuce Tender ( FRT ), sebuah Fire Response Vehicle ( FRV ) dan sebuah Nissan UD dari PBS Benut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya