KDN gerak anggota, aset di negeri terjejas banjir 

KDN gerak anggota, aset di negeri terjejas banjir 

SEBUAH kenderaan pancuan empat roda meredah air banjir di Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menggerakkan anggota dan aset-aset jabatan serta agensi pengurusan banjir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan hujan berterusan di beberapa negeri khususnya pantai timur.

KDN dalam satu kenyataan memaklumkan,  sejumlah 647 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 154 petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 bot, 29 lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, tugas dan tanggungjawab KDN diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berpandukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. 

“Kekuatan anggota dan aset akan ditambah berdasarkan situasi bencana,” katanya. 

KDN menasihatkan seluruh rakyat berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, berwaspada dan bertindak mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan operasi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir,” katanya hari ini.   – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN