PETALING JAYA: Gara-gara lantang mengkritik kekejaman Israel, muncul pula khabar angin penyanyi, Kaka Azraf, bakal ditamatkan kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia. Insiden tersebut bermula apabila Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, dikatakan telah meninggalkan sebuah komen kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic yang mempersoalkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin minggu lalu. “Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak…










