Jangan terpedaya tawaran penebusan wang tunai babit kredit

Jangan terpedaya tawaran penebusan wang tunai babit kredit program eMadani

Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masyarakat dinasihatkan mengambil langkah berwaspada bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan berkaitan program eMadani.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf  berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan  penipuan program eMadani. 

Kata beliau, langkah berwaspada wajar diambil iaitu melakukan pendaftaran program eMadani melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian iaitu Mae, Setel, Shopeepay dan TNG e-wallet. 

“Jangan tekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau emel selain jangan guna orang tengah sebagai pendaftar bagi akaun e-dompet anda dan patuhi syarat-syarat penggunaan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.  

“Selain itu, jangan terpedaya dengan tawaran perkhidmatan dalam media sosial terutama berkenaan penebusan kredit  eMadani kepada wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN