Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi.’

‘Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi.’

MAYAT bayi yang ditemukan dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi.” 

Itu cebisan nota ditemukan bersama mayat bayi perempuan cukup sifat yang dibuang dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli belah di sini Khamis lalu.

Nota itu turut menyatakan pelaku memohon maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anaknya. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitenden Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang penyelia syarikat pembersihan pada pukul 9.40 malam Khamis lalu berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu dalam sebuah tong sanitasi.

“Mayat dijumpai semasa pekerja pembersihan hendak menukar plastik tong sampah sanitasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan dalam keadaan berbalut dengan kain tuala,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian selain membuat risikan maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terlibat. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani di talian 016-8337243. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN