Jangan berarak raikan kemenangan parti - Utusan Malaysia

Jangan berarak raikan kemenangan parti

AYOB Khan Mydin Pitchay (dua, kiri) meninjau pusat mengundi PRK Parlimen Kemaman di SK Bukit Mentok, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan parti dan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang didapati masih berbuat demikian selepas pengumuman keputusan PRK itu akan dikenakan tindakan tegas.

Menurutnya, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut.

Katanya, tindakan tersebut diambil untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kita memohon kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang bentuk perarakan itu. Tugas kami polis adalah menjaga keselamatan.

“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dalam mencetus, mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam kita akan ambil tindakan tegas,” katanya ketika meninjau pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Wan Rukman Wan Hassan dan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 280 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dalam proses pengundian berlangsung termasuk menjaga keselamatan di pusat penjumlahan undi.

“Sepanjang kempen PRK Kemaman ini, kita telah mengenal pasti dan mengawasi sembilan hot spot (kawasan panas).

“Kita turut menggerakkan ops cantas bagi mengawal sepanjang PRK ini berlangsung termasuk bantuan daripada anggota polis Bukit Aman,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.