ALOR SETAR: Hasrat sebuah keluarga menyambut kelahiran cahaya mata sulung yang dijangka April tahun depan tidak kesampaian apabila si isteri yang hamil lima bulan maut akibat kemalangan di Pokok Sena, dekat sini, semalam. Lebih memilukan, nahas itu bukan sahaja mengorbankan Nadzifah Abu Seman, 28, malah meragut nyawa ibu mentuanya, Romadiah Ismail, 65, yang menaiki Perodua Bezza. Suami Nadzifah, Ismail Mohamad, 28, berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta…










