Isham Jalil terima surat pemecatan, tidak akan buat rayuan  

Isham Jalil terima surat pemecatan, bertekad tidak buat rayuan  

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil memberitahu menerima surat pemecatannya lewat malam semalam.

SURAT yang diterima Isham Jalil lewat malam, semalam

Beliau memaklumkan perkara itu beserta sesalinan surat pemecatan yang ditandatangan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dihantar kepada media hari ini.

“Ini surat pemecatan saya yang saya terima melalui Whatsapp lewat malam semalam,” katanya kepada media hari ini. 

Sementara itu, Isham ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak akan membuat rayuan kepada pimpinan tertinggi parti susulan pemecatannya. 

“Ya, sebab tiada guna saya merayu kerana keputusan sudah dibuat oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa melalui Lembaga Disiplin),” katanya.

Semakan Utusan Malaysia terhadap surat bertarikh 8 Disember 2023 itu (semalam) menyatakan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 6 Disember 2023 memutuskan bahawa Isham dipecat dari parti. 

“Pemecatan ini berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO oleh kerana tindakan saudara yang telah melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 (a)m (b), (c) Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4, 3.1.6 Tataetika Ahli,” kata surat itu.

Pada 6 Disember lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil keputusan memecat Isham serta merta ketika beliau tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Keputusan itu dipercayai mengenai tindakanya yang lantang mengkritik kepimpinan parti MT UMNO terutama berkaitan keputusan bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilih Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.

Keputusan PRK itu menimbulkan polemik UMNO yang menyifatkan penolakan orang Melayu terhadap parti berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum ini mencabar Isham hadir mesyuarat malam itu tetapi Isham bertegas tidak akan hadir sebagai tanda protes terhadap kepimpinan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafi sebelum ini mendakwa, Isham cuba mencari populariti dan political mileage dengan menyerang partinya sendiri malah sengaja mengundang dirinya untuk diambil tindakan oleh parti demi kepentingan peribadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN