Insiatif payung Rahmah diteruskan - Armizan

Insiatif payung Rahmah diteruskan – Armizan

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan inisiatif payung Rahmah kerana ia bersifat agenda nasional.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebagai menteri yang baru dilantik menerajui kementerian ini, beliau tekad untuk meneruskan usaha yang dimulakan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, pada Belanjawan 2024 lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi meneruskan payung Rahmah ini.

“Pastinya, peruntukan 2024 sudah ada iaitu sebanyak RM200 juta untuk kita meneruskan inisiatif ini. Hari ini, kita berikan kad diskaun Rahmah kepada pengusaha restoran dan kafe yang menyediakan menu Rahmah.

“Sebulan lalu, kita buka permohonan kad menu Rahmah secara atas talian dan hari ini beberapa syarikat menerima kad itu hari ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Karnival Barangan Malaysia di sini, hari ini.

Armizan berkata, inisiatif ini juga akan terus diperluaskan ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), institut pendidikan guru (IPG), politeknik dan kolej pendidikan MARA.

Mengulas penganjuran Karnival Barangan Malaysia, Armizan berkata, pihaknya akan bersama kerajaan negeri Perak, Melaka dan Perlis untuk menganjurkan Mini Karnival Barangan Malaysia bersempena tahun melawat negeri berkenaan tahun depan.

“Insya Allah, kita akan ikhtiarkan penganjuran pelbagai siri Karnival dan Mini Karnival Barangan Malaysia ini untuk memberikan sumbangan lebih signifikan dalam menggerakkan agenda ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya