Hasilkan single dengan Zara Zya, Alha Alfa tiada niat mahu jadi artis - Utusan Malaysia

Hasilkan single dengan Zara Zya, Alha Alfa tiada niat mahu jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengusaha kosmetik terkemuka tanah air, Datuk Seri Alha Alfa menolak untuk bergelar artis mahupun seorang penyanyi meskipun baru sahaja melancarkan single bertajuk Cinta Agung bersama pelakon, Zara Zya.

Menurut Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil, menerusi single tersebut, dia sekadar mahu memeriahkan industri seni muzik selain percaya bahawa inisiatif itu dapat mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

“Sebenarnya, saya tiada niat untuk digelar sebagai artis pun. Boleh dikatakan 90 peratus dalam hati ini mahu menjadi seorang usahawan lagi.

“Saya cuma mahu memeriahkan industri seni sebab sebelum ini pun ramai sahaja selebriti ceburi bidang perniagaan.

“Apa salahnya usahawan pun mencuba untuk keluarkan lagu. Lagi pula, single ini saya jadikan sebagai hadiah persahabatan buat Zara sepanjang 10 tahun bersahabat,” katanya.

Alha berkata demikian ketika ditemui di sidang media transformasi Datuk Seri Alha Alfa di Publika hari ini.

Selain itu, bercerita mengenai hubungan persahabatannya bersama Zara, kata Alha, pelakon tersebut antara rakan atau geng karaokenya memandangkan kedua-duanya suka menyanyi ketika waktu lapang.

Dalam masa sama, Alha juga tidak berhasrat untuk menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi single tersebut.

“Saya tidak terfikir pun sampai AJL. Saya cuma rakamkan lagu ini untuk suka-suka. Kelas vokal pun saya tidak pergi.

“Lagu ini pun dibuat dalam masa yang singkat dan komposernya Yuka Kharisma buat lagu ini mengikut kesesuaian kami berdua.

“Malah perancangan untuk menghasilkan muzik video dibuat dalam masa singkat merangkumi persiapan baju, set penggambaran dan sebagainya. Jumlah keseuruhan suntuk single ini RM60,000,” katanya.

Dalam pada itu, Alha berkata, dia bersedia untuk menerima kecaman dan menanggap ia sebagai satu lumrah terutama bila berada di dalam industri hiburan.

“Sekarang ini kecaman itu satu kebiasaan. Daruk Seri Siti Nurhaliza pun kena kecam, apa lagi saya. Tak apalah, kita tidak cuba, tidak tahu.

“Saya ini pula suka cabar diri dan buat sesuatu di luar kotak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN