Harga minyak masak tulen botol kekal, RM30.90 5 kg

Harga minyak masak tulen botol kekal, RM30.90 5 kg

minyak masak
Harga minyak masak sawit tulen kekal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol pada harga RM30.90 untuk kapasiti 5 kilogram (kg).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, bagi minyak masak botol bagi satu kg pula kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).

Katanya, inisiatif ini adalah mengekalkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.13) 2023.

“Komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan pengguna dari terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas KPDN, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Sabit kesalahan, bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau, melaksanakan penguatkuasaan serta menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke WhatsApp 019-279 4317, portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800, emel ke [email protected], aplikasi Ez ADU KPDN atau bilik gerakan penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245,” jelsnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya