Harap apa berlaku pada Zayn Rayyan jadi pengajaran- Dr. Mohd.

Harap apa berlaku pada Zayn Rayyan jadi pengajaran- Dr. Mohd. Na’im

MOHD NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berharap insiden yang berlaku kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dapat menjadi pengajaran buat ibu-bapa agar menitikberatkan soal keselamatan anak-anak. 

Beliau berkata, walaupun ibu bapa Zayn Rayyan,6, sangat berhati-hati menjaga anak mereka namun insiden tersebut tetap berlaku. 

“Kita harap apa yang berlaku jadi pengajaran kita semua khusunya ibu bapa yang ada anak autisme. 

“Sama seperti adik Zayn, ibu bapanya sangat berhati-hati jaga anak, namun, sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini hari ini. 

Dr. Mohd. Na’im berkata, dalam masa yang sama di Parlimen pagi tadi semasa sesi penggulungan, terdapat soalan berkaitan kanak-kanak istimewa serta orang kurang upaya (OKU).

“Justeru, kita (kerajaan) berusaha memberikan yang terbaik untuk OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme, sebagainya.

“Saya harap masyarakat semua cakna memberikan perhatian khususnya autisme yang perlu diberikan sokongan dan dokongan,” ujarnya. 

Beliau turut mengucapkan takziah kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan atas insiden yang menimpa mereka.

Terdahulu, Dr. Mohd Na’im meluangkan masa bersama keluarga Zayn Rayyan kira-kira 15 minit sebelum meninggalkan Jabatan Forensik di sini pada 3.58 petang .-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya