Gaduh berkumpulan guna parang, lelaki maut ditetak

Gaduh berkumpulan guna parang, lelaki maut ditetak

MANGSA maut ditetak dan ditikam di hadapan lampu isyarat Jalan Penampang-Kota Kinabalu hari ini-Ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Lelaki warga asing maut ditetak dan ditikam dalam pergaduhan berkumpulan yang melibatkan senjata parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang-Kota Kinabalu hari ini.

Lelaki warga asing berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada tubuh badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian pergaduhan beberapa lelaki dengan menggunakan parang senjata pada pukul 4.44 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat seorang mangsa lelaki terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman.

“Mangsa telah dilaporkan meninggal dunia di lokas kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth.

“Kes masih dalam siasatan pihak polis dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sammy berkata, pihaknya meminta saksi-saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Asp Andi Ma’Mur Halwati di talian 019- 5853918.

Katanya, pihak polis juga menyeru orang ramai supaya tidak meyebarkan gambar di tempat kejadian dan memuat naik atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dalam laman media sosial.

Tindakan sebegitu dikhuatiri boleh mengundang kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN