MELAKA: Melakukan solat sunat hajat dan taubat setiap malam antara amalan yang dijadikan sebagai rutin harian oleh Tokoh Ulul Albab 2203, Nur Muhammad Ehsan Kamaruzaman, 17.
Dia yang juga pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah dekat sini berkata, amalan tersebut membantu dirinya berdisiplin, tenang dan fokus sepanjang lima tahun bersekolah di situ.
Tambahnya, pengurusan masa yang baik membantunya membahagikan masa antara kokurikulum dan kurikulum terutama melibatkan mata pelajara Bahasa Arab dan hafazan.
“Saya selesai menghafaz al-Quran ketika di tingkatan empat.
“Walaupun saya bercita-cita menjadi ahli farmasi tetapi minat mendalami al-Quran tidak pernah padam. Selepas tamat persekolahan saya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang al-Quran ke peringkat lebih tinggi,” katanya. –UTUSAN