Dua suspek terlibat kes gaduh penyokong bola sepak masih diburu

Dua suspek terlibat kes gaduh penyokong bola sepak masih diburu

Mayat
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Polis masih mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit insiden membabitkan penyokong Selangor FC (SFC) dan Perak FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya setakat ini menahan seramai 23 suspek berusia 16 hingga 44 tahun manakala tujuh daripada mereka dituduh di mahkamah, hari ini.

“Beberapa daripada mereka sudah dituduh di mahkamah manakala dua lagi suspek yang dikehendaki masih lagi sedang dikesan,” katanya selepas melancarkan program Refresh Session Go To Safety Point (GTSP) di stesen minyak Petronas Solaris Serdang, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, 23 individu termasuk remaja ditahan polis selepas disyaki terbabit pergaduhan dan merosakkan kenderaan selepas perlawanan Liga Super antara Perak FC dan SFC di stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Siasatan mendapati kumpulan itu turut disyaki merosakkan empat kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir bersebelahan stadium.

Kesemua suspek direman empat hari bermula 26 sehingga 29 November untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama serta Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Susulan itu, tujuh daripada suspek didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana atas kesalahan merosakkan sebuah kereta di kawasan parkir semasa insiden itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN