Dua lelaki terlibat kes rompakan bersenjata parang ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki terlibat kes rompakan bersenjata parang ditahan

SEBUAH kereta yang dirampas setelah dipercayai digunakan dua penjenayah untuk melakukan rompakan bersenjata parang di dua buah kedai serbaneka 24 jam di Besut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua lelaki ditahan disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata parang di dua buah kedai serbaneka 24 jam di sekitar kawasan Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Mohammad berkata, kedua suspek berusia 20 hingga 30 an tu berjaya ditahan dalam tempoh 12 jam selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kes berkenaan semalam.

“Siasatan telah dijalankan dan mendapati suspek mengambil kesempatan melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah parang pada awal pagi, iaitu sewaktu ketiadaan pelanggan dan telah melarikan wang tunai serta tambah nilai Touch n Go eWallet.

“Hasil risikan oleh bahagian siasatan jenayah telah kita berjaya menahan dan menangkap dua orang lelaki tempatan berusia lingkungan 20an ke 30an. Selain itu polis juga telah membuat rampasan ke atas barang kes yang berkaitan,” katanya ketika ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kedua suspek juga dipercayai terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di daerah Pasir Puteh, Kelantan dengan modus operandi yang sama.

Menurut Abdul Rozak kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 kanun keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut untuk permohonan reman.” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya