PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia menambah baik Perjanjian Perdagangan Sempadan (BTA) bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi kedua-dua negara.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, perjanjian yang diperkemaskan itu ditandatangani pada 8 Jun lepas di Putrajaya.
Menurut beliau, usaha itu juga dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan sempadan di kedua-dua negara.
Menurut beliau, ia juga dapat mengukuhkan serta mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
Chin Tong berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk meningkatkan perjanjian perdagangan atau kerjasama ekonomi khususnya antara Indonesia dan Malaysia di wilayah Borneo pada sesi jawab lisan dalam sidang Dewan Negara hari ini. -UTUSAN










