Cinta tak kesampaian, hubungan dihalang syarikat pengurusan? - Utusan Malaysia

Cinta tak kesampaian, hubungan dihalang syarikat pengurusan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HASRAT peminat untuk melihat ahli kumpulan BTS, Kim Tae-hyung atau V dan anggota Blackpink, Jennie mendirikan rumah tangga berkecai apabila pasangan itu dilaporkan berpisah, baru-baru ini. 

Perkembangan tersebut menggemparkan dunia K-Pop selepas cerita berkenaan yang dilaporkan program televisyen, JTBC tular di media sosial. Syarikat pengurusan kedua artis terkenal itu, Big Hit Music dan YG Entertainment bagaimanapun setakat ini mengunci mulut berhubung perkara itu. 

Berita berkenaan telah menerima pelbagai reaksi di media sosial. Peminat rata-ratanya terkejut dan hairan sementelah keduanya tidak pernah mendedahkan hubungan istimewa mereka kepada umum. 

“Amat mengejutkan. Keduanya sebelum ini tidak pernah mendedahkan hubungan cinta mereka namun secara tiba-tiba dikhabarkan berpisah,” tulis netizen di platform X. 

“Pastinya syarikat pengurusan tidak membenarkan mereka menjalinkan hubungan istimewa,” tulis seorang lagi netizen. 

“Saya yakin mereka akan kembali bersama selepas V menamatkan latihan ketenteraannya,” tulis netizen yang lain. 

Gosip percintaan dua bintang itu sebelum ini semakin hangat diperkatakan apabila rakaman keduanya keluar bersama-sama tular di media sosial. V dan Jennie dirakam berpegangan tangan sekitar kawasan awam di Paris, Perancis Mei lepas. 

Selain itu, beberapa imej yang didakwa pasangan tersebut tular bertebaran di Internet selepas Jennie mendedahkan telefon bimbitnya digodam sekitar Ogos tahun ini. 

Pelbagai spekulasi tentang punca perpisahan mereka turut hangat diperdebatkan bukan sahaja peminat, malah agensi berita antarabangsa. 

Portal Stylecaster, menerusi artikel yang diterbitkan pada 6 Disember lepas mendakwa perpisahan tersebut kemungkinan berpunca daripada penyertaan V dalam khidmat ketenteraan di Korea Selatan yang bakal bermula tidak lama lagi. 

Selain itu, timbul dakwaan kononnya perpisahan mereka juga disebabkan syarat YG Entertainment yang memperuntukan artis bawah naungannya untuk tidak menjalinkan hubungan cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya